Tuesday 23 November 2010

Just Received New Camera Nikon D7000

Bismillahirrahmanirrahim..

Print Screen Nikon.com

Malam semalam baru dapat bermain dengan D7000. Haha. Mula-mula memang rasa macam bersemangat dan sangat seronok. Yelah kamera baru. Macam best konon. Sebelum ni pun aku dah rasa bagaimana 'merasai' kamera D90, D300, D3100 apabila berada pada genggaman jari. Ada berat, ringan. Sebelum dapat D7000, khayalan aku D300 lah mempunyai citarasa yang sebenar untuk orang seperti aku.

Hampir dua minggu buat kajian dan pembandingan antara D7000 dengan D300s, membuatkan aku berdebar-debar sampaikan aku pening kepala. Mana satu sepatutnya aku nak ambil.. Sumber kajian diperolehi hanyalah daripada laman-laman web orang ramai. Secara praktiknya tiada langsung sebab pada aku memadai review orang lain buat. D300s macam pro dan ada stail tetapi teknologi lama. Bateri spare pun melambak kat kedai dan tak susah nak cari. Original ke atau Cap Ayam. D7000 pada pandangan aku maju selangkah kehadapan.

Satu jam bermain dengan kamera ni di dalam rumah, menyebabkan aku mulai bosan.. perasaan yang seronok ketika mulanya bertukar seakan-akan hampa.. Pelik dan ajaib, semua kamera DSLR Nikon yang aku guna seakan-akan sama. Seolah-olah tiada beza. Aku tak suka dengan perasaan pada awalnya sangat excited kemudian tak sampai empat jam perasaan tu hilang malah ditambah perasaan yang bosan. Tapi perasaan tu mungkin ada turun naik. Untuk bab pertama ni, aku buat kesimpulan D300s dengan D7000 adalah sama. Dengar cerita D400 nak keluar awal tahun hadapan..


SEKARANG NI CEPAT NAK NAIK MARAH. TULIS POST NI PUN HATI BERKECAMUK..
JADI SEKARANG NAK DENGAR VIDEO ZIKIR SUPAYA HATIKU NI TENANG..

KETAHUILAH BUAT DIRIKU, SUATU PERKARA YANG SANGAT MUDAH UNTUK DILAFAZKAN TETAPI SANGAT BESAR FAEDAHNYA DAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT DUNIA & AKHIRAT. IAITU ZIKIR. SUATU YANG DILAFAZKAN IA TIDAK MENJADI SIA-SIA. JAUHILAH DIRIKU DARIPADA PERKATAAN YANG SIA-SIA, SEPERTI LAGU YANG TIDAK BERFAEDAH, UMPAT CELA DAN SEBAGAINYA.

Kalimataan-Talib Habib

<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/qMVLqtDQSe0?fs=1&amp;hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube-nocookie.com/v/qMVLqtDQSe0?fs=1&amp;hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

Talib Al Habib Iman: articles of faith

<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/7FhN9Y-neQ0?fs=1&amp;hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube-nocookie.com/v/7FhN9Y-neQ0?fs=1&amp;hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

No comments:

Post a Comment